'Saya terpaksa balik cepat, 4 hari ubat tidak lengkap' ZRA pulang ke rumah selepas tiba dari Istanbul

25 May 2026 • 12:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Saya terpaksa balik cepat, 4 hari ubat tidak lengkap' ZRA pulang ke rumah selepas tiba dari Istanbul

SUKARELAWAN Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad sekali lagi hilang sejurus selepas tiba di yang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Pengasas ZRA Strim itu yang tiada semasa sidang akhbar menjadi tanda tanya orang ramai sementelah beliau juga antara peserta yang mengikuti pelayaran ke G4z4 sehingga ditahan tentera bangsa penjajah.

Teka-teki berkaitan ketiadaan Zainal akhirnya terjawab apabila video pengamal media itu dikongsikan rakan, Mohd Faisol Pauzi di laman sosial TikTok.

Artikel berkaitan:

Image from: 'Saya terpaksa balik cepat, 4 hari ubat tidak lengkap' ZRA pulang ke rumah selepas tiba dari Istanbul

Menerusi video,  Zainal menzahirkan kesyukuran pulang dengan selamat dan memaklumkan keadaan rakan seperjuangan, Kapten Razman masih berada menerima rawatan di bumi Turkiye susulan kecederaan.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan, kami semua tiba di Tanah Air. Kapten Razman masih dirawat di Istanbul. Doakan dia segera pulih.

"Alhamdulillah saya hampir sampai ke studio kerana kehabisan ubat. Saya terpaksa balik cepat, sudah empat  hari ubat saya tidak lengkap.

"Insya-ALLAH bila berkelapangan, saya akan mula semula siaran langsung di ZRA Strim," kongsinya.

Image from: 'Saya terpaksa balik cepat, 4 hari ubat tidak lengkap' ZRA pulang ke rumah selepas tiba dari Istanbul

Dalam pada itu, turut dikongsikan video memaparkan Zainal bertemu semula isteri dan keluarga. Dia juga dilihat memeluk wanita kesayangannya itu. 

"Salah satu ubat Zainal Rashid Ahmad yang tidak lengkap iaitu melihat wajah isteri tercinta setelah selamat tiba. 

"Walaupun bermacam kisah duka perit yang dilalui, jiwa kental tetap akan terus berjuang demi P4lestin," kongsi pemilik akaun TikTok tersebut.

Zainal yang dikenali dengan akronim ZRA yang menaiki kapal Amanda dalam pelayaran kali ini ditahan tentera Isr4el pada 18 Mei lalu.

Pada GSF 1.0, ZRA juga bertindak terus pulang sebaik sahaja penerbangan balik tiba di KLIA.

Sumber: TikTok