Pengerusi Theta Edge, Abd Rahman letak jawatan berkuat kuasa 22 Jun 2026

LocalBusiness & Finance
22 Jun 2026 • 6:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengerusi Theta Edge, Abd Rahman letak jawatan berkuat kuasa 22 Jun 2026 Image from: Pengerusi Theta Edge, Abd Rahman letak jawatan berkuat kuasa 22 Jun 2026 liza22/06/2026 - 18:35 Abd Rahman Mamat Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Jun – Theta Edge Berhad mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Abd Rahman Mamat, berkuat kuasa 22 Jun 2026.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Abd Rahman melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif bagi memberi tumpuan kepada komitmen lain.

 

Beliau merupakan tokoh berpengalaman dalam perkhidmatan awam dan dasar perdagangan negara dengan lebih tiga dekad pengalaman, khususnya dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MITI dari 2006 hingga 2010 selepas menyertai kementerian itu pada 1975 sebagai Penolong Pengarah.

 

Dalam tempoh perkhidmatannya, beliau memegang pelbagai jawatan kanan termasuk Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan di Pejabat Perdagangan Malaysia di New York, Kaunselor Ekonomi, Pegawai Perdagangan serta Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Beliau turut pernah memegang jawatan Pengarah Biro Promosi Eksport di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) seterusnya membina pengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa.

 

Selain peranannya di Theta Edge, Tan Sri Abd Rahman kini juga merupakan ahli lembaga pengarah MCE Holdings Berhad dan ECA Integrated Solutions Berhad.

 

Theta Edge berkata peletakan jawatan itu adalah sebahagian daripada perubahan struktur lembaga pengarah syarikat selaras dengan keperluan tadbir urus korporat.

 

Syarikat itu memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berkaitan akan diumumkan kepada Bursa Malaysia dari masa ke semasa. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved