Nubhan Dah Berusaha Pertahankan Rumah Tangga, Hargai Kenangan Manis Bersama Bekas Isteri

EntertainmentLifestyle
16 Oct 2025 • 1:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia cerai Nubhan

Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahmad akhirnya bersuara isu penceraian dengan isterinya, Dr Afifah Hidayah.

Dalam satu kenyataan rasmi, Nubhan berkata, perpisahan itu berlaku secara baik selepas mempertimbangkan pelbagai aspek.

Nubhan dan bekas isteri dah berusaha yang terbaik

Malah, mereka berdua telah cuba mempertahankan perkahwinan yang dibina. Namun takdir Allah SWT berkata jodoh mereka setakat itu je.

Walaupun berpisah, Nubhan amat menghargai kenangan yang telah dikongsi sepanjang 10 tahun usia perkahwinan.

image is not available

Dalam pada itu, penyanyi ini memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas mengenai punca perpisahan mereka.

Ianya terlalu peribadi dan berharap orang ramai dapat menghormati privasi mereka.

Pssttt! Tak semua perpisahan perlu berakhir dengan kebencian. Kadang-kadang, berundur dengan cara baik juga tanda kematangan. Semoga Nubhan dan bekas isteri terus tabah dan dipermudahkan urusan masing-masing selepas ini.

Kredit: Nubhan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.