Nubhan Nafi Dakwaan Bibik Cium Anak Sakit, Jelaskan Situasi Sebenar

LocalFamily & Parenting
15 Dec 2025 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Nubhan tampil menafikan dakwaan bekas isterinya, Dr Afifah mengenai perbuatan bibik atau pembantu rumah penyanyi itu yang mencium bibir anak lelakinya ketika datang melawat ke hospital, baru-baru ini.

Menurut peserta Gegar Vaganza musim ke-12 itu, tiada sebarang aksi cium mulut seperti yang didakwa kerana ketika itu terdapat ramai orang di tempat kejadian.

“Saya bawa bibik untuk melawat anak saya yang sakit di hospital. Di situ ada ramai orang yang menyaksikan. Jadi saya menafikan perbuatan cium mulut itu berlaku.

“Kalau dia (bekas isteri) nak bawa perkara ini ke tengah, dia boleh buat laporan polis. Saya bersedia untuk memberi kerjasama yang penuh,” katanya.

Terdahulu, Dr Afifah atau lebih mesra dengan panggilan Dr Fie meluahkan rasa kecewa berikutan anak mereka, Ahmad Affan, 6, yang sedang sakit didakwa telah dicium oleh pembantu rumah tanpa memakai pelitup muka.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Dr Afifah mengatakan dia begitu kecewa apabila tegurannya terhadap perbuatan tersebut tidak diendahkan.

image is not available
image is not available

Sekadar info, Nubhan sah bercerai dengan Dr. Afifah sah bercerai talak dua pada 2 Disember lalu selepas 10 tahun berkahwin.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.