Nubhan Sebak Lihat Kesihatan Ibu Kian Merosot, Mohon Doa Buat Mak Jenny – “Inilah Keadaan Dia Sekarang…”

LocalHealth & Fitness
29 Jun 2026 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi keadaan terkini ibunya yang mesra disapa Mak Jenny menerusi satu hantaran di TikTok.

Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, meluahkan rasa sedih melihat tahap kesihatan ibunya yang kini semakin merosot.

Advertisement

“Kesihatan mak perlahan-lahan merosot. Daripada seorang wanita yang sentiasa aktif, yang sentiasa menjadi penguat keluarga tapi sekarang, hospital mula jadi tempat kerap kami pergi.”

“Rawatan demi rawatan. Dan sejak hari tu, aku mula sedar tiada siapa yang akan kekal kuat selama-lamanya.”

Menurut pelantun lagu Ada UntukMu itu, dia tidak menyangka sosok seorang ibu yang dahulu kuat, aktif dan ceria kini diuji dengan masalah kesihatan yang berat.

View this post on Instagram

“Dulu, aku selalu ingat mak akan kekal macam ni selamanya. Masih mampu jalan, ketawa, bergurau dengan kami.”

“Rupa-rupanya, Allah hanya meminjamkan saat-saat tu supaya satu hari nanti, bila aku lihat kembali semua kenangan ni, aku tahu betapa berharganya nikmat mempunyai seorang ibu yang sihat. Dan betapa cepatnya masa mengubah segala-galanya.”

Dalam masa sama, Nubhan turut berkongsi rasa pilu apabila melihat perubahan ketara pada ibunya yang kini lebih banyak terlantar dan memerlukan perhatian rapi.

Dia turut memohon orang ramai menitipkan doa agar ibunya diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

“Inilah keadaan Mak Jenny sekarang. Doakan Mak Jenny sembuh ya. Dia hanya terbaring.”

“Orang selalu cakap, selagi mak masih ada, kita masih ada tempat untuk pulang. Hari ni, aku masih pulang, tapi aku dah tak boleh pulang kepada mak yang dulu. Mak yang sambut dengan senyuman, sibuk bertanya dah makan?”

“Sekarang, aku cuma mampu pandang wajah mak dan berdoa dalam diam.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ibu Zahirah Macwilson2026-06-29 11:17:37

"Makin Lama Biar Makin Biadab.." - Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang, Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat

The post Nubhan Sebak Lihat Kesihatan Ibu Kian Merosot, Mohon Doa Buat Mak Jenny – “Inilah Keadaan Dia Sekarang…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved