Nubia Fold Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Elite Dan Bateri 6560mAh

TechnologyDigital
3 Dec 2025 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lambakan peranti boleh lipat semakin membanjiri pasaran dan Nubia turut memasuki kategori ini dengan penawaran Nubia Fold.

image is not available

Peranti ini hadir dengan skrin utama berukuran 8″ serta skrin sekunder 6.5″. Kedua-dua panel menyokong kadar segar semula 120Hz manakala skrin utama turut menawarkan Split View Mode untuk penggunaan beberapa aplikasi serentak. Dari segi rekaan, peranti ini berketebalan hanya 5.4 mm apabila dibuka sepenuhnya dan 11.1 mm apabila dilipat dengan berat sekitar 249 gram.

image is not available

Tunjang utama peranti ini dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite bersama memori 12GB RAM serta storan dalaman 256GB. Cip tersebut masih menawarkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan cipset di pasaran. Peranti ini turut menjalankan Android 15 dan dilengkapi perlindungan IP54 bagi pelindungan daripada habuk dan percikan air.

image is not available

Turut melengkapi peranti ini ialah sistem kamera dengan lensa utama 50MP, ultra-lebar 50MP serta makro 5MP. Selain itu, ia menawarkan kamera swafoto 20 MP yang masing-masing ditempatkan pada skrin utama dan sekunder. Dari segi bateri, Nubia Fold hadir dengan kapasiti 6,560 mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W.

Nubia Fold dijual pada harga ¥178,560 (sekitar RM4,731) bermula Disember ini manakala pelancaran global dijangka berlaku pada tahun hadapan.