Samsung Galaxy Z TriFold Dilancarkan Dengan Skrin 10 Inci Lipat-Tiga dan Snapdragon 8 Elite

TechnologyDigital
2 Dec 2025 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Galaxy Z TriFold dilancarkan secara rasmi pagi ini dengan ia adalah peranti skrin lipat-tiga pertama oleh Samsung dan kedua selepas Huawei Mate XT Ultimate Design. Galaxy Z Trifold dilengkapi skrin utama sebesar 10″ Dynamic AMOLED 2X, QXGA+ dengan sokongan 120Hz LTPO. Skrin ini boleh dilipat tiga kali. Ia turut dilengkapi skrin sekunder di belakang sebesar 6.5-inci Dynamic AMOLED 2X, FHD+ juga dengan sokongan 120Hz LTPO.

image is not available

Peranti dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, dipadankan dengan memori 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 5600 mAh yang menyokong pengecasan 45W secara berwayar serta 15W secara nirwayar.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dengan OIS, ultra lebar 12MP dan telefoto 10MP dengan OIS yang boleh melakukan zum optikal 3X serta 30X zum digital. Kamera swafoto di luar dan dalam kedua-duanya hanya sebesar 10MP.

image is not available

Tubuh peranti hanya ditawarkan dalam warna Crafted Black dengan ia melepasi piawaian kalis air serta debu IP48. Pengimbas cap jari pula diletakkan di sisi terbina pada butang kuasa. Ukuran tubuh peranti ialah 159.2 x 75.0 x 12.9 mm dalam keadaan dilipat dengan tebal minima ialah 3.9 mm apabila dalam kedudukan dibuka sepenuhnya. Sistem operasi yang digunakan ialah One UI 8 berasaskan Android 16.

image is not available

Samsung Galaxy Z TriFold akan dijual di Korea Selatan terlebih dahulu bermula 12 Disember sebelum ditawarkan pula di China, Taiwan, Singapura, UAE dan Amerika Syarikat. Harga masih belum diumumkan oleh Samsung pada ketika ini.