Peranti terkini Nubia Neo 5 dan Nubia Neo GT 5G kini mula ditawarkan di pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini hadir dalam beberapa varian dengan konfigurasi berbeza dan setiap satunya disertakan bersama Nubia Care+ iaitu perlindungan skrin selama 1+1 tahun melalui program Screen Damage Protection.

Nubia Neo 5 GT 5G dilengkapi dengan kipas penyejuk terbina (yang pertama dalam kelasnya) serta 550Hz Neo Triggers 5.0 untuk kawalan setaraf profesional. Peranti ini dipadankan dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8″ beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz dan dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7400 bersama enjin NeoTurbo yang memastikan kadar bingkai kekal stabil ketika bermain permua. Selain itu, ia turut memuatkan bateri berkapasiti 6210mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Bagi keupayaan kamera, Nubia Neo 5 GT menawarkan sistem kamera belakang AI Triple 50MP serta kamera hadapan 16MP, di samping fungsi AI terbina seperti Scam Alert, AI Translate dan AI Image/Text Generation untuk kegunaan harian. Ciri lain yang melengkapkan peranti ini termasuk sistem audio Stereo DTS:X Ultra, motor linear paksi-X, rekaan belakang rata tanpa bonggol kamera serta pencahayaan RGB pada kipas yang menambah gaya tersendiri kepada peranti ini.

Sementara itu, Nubia Neo 5 5G pula dilengkapi dengan skrin berukuran 6.8″ beresolusi 1940×900 piksel, dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 1000 nits. Peranti ini dipadankan dengan cip Unisoc T9300 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB selain menjalankan sistem operasi MyOS 16 yang berasaskan Android 16.
Bagi keupayaan kamera, ia menawarkan kamera utama 50MP yang digandingkan dengan sensor 2MP manakala kamera swafoto hadir dengan resolusi 16MP. Dari segi bateri, peranti ini dibekalkan dengan kapasiti 6050mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Bagi yang berminat, Nubia Neo 5 5G ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM1,299 bagi model dengan 8GB RAM dan 256GB storan serta promosi awal pada harga RM1,199. Sementara itu, Nubia Neo 5 GT pula hadir dengan dua pilihan iaitu model 12GB RAM bersama 256GB storan pada harga RM1,799 dan model 12GB RAM bersama 512GB storan pada harga RM1,999.


