CelcomDigi kini memperkenalkan Pas Perayauan Haji Tanpa Had khusus untuk pelanggan yang bakal menunaikan ibadah haji. Pas ini ditawarkan pada harga RM148 dan boleh didapati mulai sekarang sehingga 30 Jun 2026.

Melalui pas ini, pelanggan dapat menikmati data perayauan tanpa had dengan akses 5G sehingga 150GB berkelajuan tinggi bersama kemudahan perayauan data dan panggilan percuma ketika berada di dalam pesawat, serta Internet tanpa had sehingga 1Mbps. Tempoh penggunaan adalah selama 50 hari selain turut disertakan 30 minit panggilan antara Arab Saudi dan Malaysia (tertakluk kepada terma dan syarat).

Perlu diingatkan bahawa kemudahan perayauan data dan panggilan percuma ketika berada di dalam pesawat hanya tersedia pada syarikat penerbangan dan pesawat tertentu yang dilengkapi dengan perkhidmatan AeroMobile.
Perkhidmatan ini turut disokong oleh rakan rangkaian utama di Arab Saudi iaitu Mobily, STC dan Zain, yang menyediakan liputan meluas di kawasan ibadah haji bagi memastikan pengalaman komunikasi lebih lancar. Selain itu, pas ini boleh diaktifkan segera melalui aplikasi Celcom sebaik sahaja pengguna tiba di Arab Saudi selepas pembelian.

Bagi mereka yang bukan pelanggan CelcomDigi, langganan juga boleh dibuat dengan mendapatkan eSIM prabayar atau kad SIM fizikal yang disertakan bersama Pas Perayauan Haji ini. Dengan cara ini, lebih ramai jemaah dapat menikmati kemudahan komunikasi sepanjang berada di Tanah Suci kelak.



