Nubia Perkenal Telefon Boleh-Lipat Pertama, Nubia Flip 5G

TechnologyDigital
27 Feb 2024 • 12:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelbagai pengeluar telah mula memfokuskan penawaran telefon dengan rekaan skrin boleh-lipat, kini nampaknya Nubia turut tidak ketinggalan. Pada acara MWC 2024 hari ini, Nubia turut memperkenalkan telefon boleh-lipat pertama mereka, dinamakan dengan Nubia Flip 5G.

image is not available

Nubia Flip 5G ini hadir dengan skrin 6.9-inci OLED yang boleh dilipat dua, selain skrin luar berbentuk bulat dengan saiz 1.43-inci. Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 7 Gen 1, serta dilengkapi dengan kamera utama 50-megapixel bersama kamera 2MP untuk rakaman kedalaman. Ia turut hadir dilengkapi dengan kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.

Nubia Flip 5G turut dikuasakan bateri 4310 mAh, bersama sokongan pengecasan 33W. Pada bahagian skrin luaran peranti apabila ia dilipat, pengguna boleh melakukan beberapa interaksi, termasuk untuk melihat pemanggil dan menjawab panggilan, mengawal media, selain melihat informasi ringkas seperti cuaca.

Buat masa ini, ia tidak diketahui pasaran yang akan Nubia jual peranti ini.