Nuha Bahrin Ditegur Pakai Rantai Leher Lain Makna, Nama Nabi Noah

Entertainment
26 Jan 2023 • 10:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang pelukis khat menegur rantai tulisan jawi yang dipakai penyanyi, Nuha Bahrin di Tiktok. Apa kes ni?

Pada awalnya, terdapat netizen yang meminta pelukis khat yang dikenali sebagai Cheb Ali untuk memberikan komen terhadap ejaan pada rantai Nuha yang didakwa salah.

Menurut Cheb, terdapat kesilapan ejaan pada rantai Nuha yang sebenarnya membawa maksud kepada nama Nabi Nuh.

Abang nak tegur sikit, bukan sebab lagu, tapi tentang rantai yang adik pakai tu. Kita boleh nampak huruf-huruf dalam rantai tu. Saya percaya adik Nuha nak pakai rantai namanya sendiri dengan huruf Nun, Wau, Ya dan Alif.

Tapi kalau ikut dalam Al-Quran, ayat satu surah Nuh, sama dalam rantai tu. Maaf kalau saya cakap, adik Nuha telah tersilap kerana pakai nama Nabi Noah.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, netizen tampil mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah berkongsi ilmu mengenai tulisan arab.

Alhamdulillah dapat ilmu hari ni. Saya ingatkan ejaan jawi, tapi rupanya berkait dengan perkataan dalam AlQuran jugak. MasyaAllah.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved