Influencer, Rifdi Amri Tampil Mohon Maaf Tapi Harap Netizen Tak Hina Fizikal

Entertainment
3 Jan 2023 • 1:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini seorang influencer yang sering memuat naik video reviu makanan telah dikecam netizen gara-gara caranya yang dilihat terlalu berlebih-lebih sehingga membuatkan penonton rasa kurang selesa.

Influencer itu dikenali sebagai Rifdi Amri dan walaupun video yang dihasilkannya viral serta mendapat jumlah tontonan yang banyak tetapi ia bukan berlaku secara positif.

Hantaran asal yang viral

image is not available

Rata-rata netizen meluahkan rasa mual berbanding berselera setiap kali melihat video reviu makanan yang dihasilkan Rifdi. Ada juga yang risau dengan tahap kesihatannya dan menasihatkannya untuk menjaga pemakanan.

Rifdi Amri mohon maaf tapi…

Sedar dengan apa yang berlaku, Rifdi dalam satu ciapan di Twitter tampil memohon maaf kepada semua tentang gaya makannya yang kurang sopan.

Walaupun dia menerima teguran secara terbuka, Rifdi turut memohon agar orang ramai tidak menegur secara keterlaluan sehingga menghina fizikal dirinya.

image is not available

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media