Nur Farah Kartini ditemukan mati, dipercayai dibunuh

15 Jul 2024 • 10:16 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kehilangan seorang wanita yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu terungkai apabila ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Nur Farah Kartini Abdullah yang berasal dari Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Kehilangan beliau juga diuar-uarkan oleh rakan terdekat meminta orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai kehilangan Wanita berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved