Nur Farah Kartini hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan

12 Jul 2024 • 11:01 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pekerja kedai kereta sewa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universti, Tanjung Malim.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita berasal dari Sarawak berkenaan pada jam 1.56 pagi semalam, selepas dia didapati tidak kembali bekerja semula.

Difahamkan, mangsa yang juga bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempunyai teman lelaki dan polis kini sedang mengesannya untuk membantu siasatan.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai pakaian korporat muslimah berwarna biru denim, bertudung dan memakai seluar slack hitam.

Nur Farah dikatakan berkulit cerah, mempunyai tahi lalat di bawah mata kiri, fizikal sederhana dengan ketinggian 163 sentimeter serta berat kira-kira 58 kilogram.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Daerah Mualim di talian 05-4596122.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved