Wanita Asal Miri Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Di Tanjung Malim

11 Jul 2024 • 3:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita 25 tahun hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim

Wanita Asal Miri Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Di Tanjung Malim. Seorang wanita berumur 25 tahun dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada hari Rabu.

Menurut kawan mangsa yang dikenali sebagai Amira, mangsa bernama Nur Farah Kartini Abdullah bekerja di bahagian pemasaran syarikat percetakan di Tanjung Malim dan juga kerja sambilan di syarikat sewa kereta.

image is not available
Wanita Asal Miri Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Di Tanjung Malim

Amira memberitahu bahawa wanita yang berasal dari Miri, Sarawak itu hilang sejak pukul 8 pagi tanpa sebarang berita. Sepatutnya Farah pergi ke tempat kerja selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan wanita.

“Selepas pukul 10 pagi, Farah masih belum sampai ke tempat kerja. Telefon Farah tidak dijawab, yang mana tidak biasa bagi Farah yang selalunya akan memberitahu jika tidak dapat hadir kerja,” ujarnya menurut laporan.

Graduan UPSI hilang, rakan mohon bantuan orang ramai

Amira telah berkongsi maklumat tentang kehilangan Farah di media sosial dan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Bernam. Setakat ini, polis masih belum mempunyai maklumat terkini tentang keberadaan Farah.

image is not available

Berdasarkan pencarian orang awam melalui aplikasi Truecaller, ada yang mengatakan Farah mungkin berada di Lipis, Pahang, tetapi maklumat ini belum dapat disahkan.

Farah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Amira memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan Farah untuk menghubungi beliau di talian 0137445178.

Baca juga artikel yang berkaitan: