Nur Nilam Dan Azlan Komeng Berpisah Pilih Haluan Berbeza

3 Mar 2026 • 10:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nur Nilam Ortiz dan Azlan Komeng nampaknya sekali lagi undang perhatian selepas masing-masing beri bayangan hubungan mereka sudah berakhir. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nur Nilam tampil menjelaskan status rumah tangga mereka kepada umum.

Menurut Nur Nilam, keputusan yang dibuat bukanlah kerana pergaduhan besar, sebaliknya dicapai secara bersama dengan penuh hormat. Perkongsian itu juga dibuat sebagai penjelasan awal supaya tiada salah faham di kemudian hari.

Nur Nilam dan Azlan Komeng buat persediaan jika jumpa pasangan baru

image is not available

Nilam menjelaskan bahawa mereka sudah sepakat untuk membawa haluan masing masing dalam kehidupan. Katanya, keputusan itu dibuat dengan doa yang baik buat satu sama lain.

Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain.- Katanya.

Tambah Nilam lagi, penjelasan itu bukan untuk membuka kisah lama atau menimbulkan spekulasi baharu. Sebaliknya, ia sebagai persediaan jika suatu hari nanti mereka bertemu pasangan baharu.

Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu.- Ujarnya.

Tetap hormat sebagai seorang ayah buat anak-anak

image is not available

Walaupun memberi bayangan sudah berpisah, Nilam tetap mengakui Azlan seorang suami dan ayah yang baik sepanjang perkahwinan mereka. Dia juga menghargai segala kenangan indah yang pernah dilalui bersama.

Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza.- Jelasnya.

Dalam masa sama, Nilam dan Azlan menegaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap menjadi keutamaan. Mereka memilih konsep co parenting demi memastikan anak terus membesar dalam suasana baik.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada September 2025. Sebelum ini, Nilam pernah hadir ke mahkamah pada 9 April lalu bagi memfailkan fasakh, manakala Azlan memaklumkan kemelut rumah tangga mereka diselesaikan dengan pegawai jabatan agama pada Julai tahun lalu.

Pssttt! Ohmedia harap korang hormati keputusan Nilam Ortiz dan Azlan Komeng ini. Dalam soal rumah tangga, hanya mereka yang tahu cerita sebenar dan yang penting anak tetap jadi keutamaan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Nur Nilam Dan Azlan Komeng Berpisah Pilih Haluan Berbeza appeared first on Oh! Media.