Nur Syaiful Pertahan Emas, Pecah Rekod Sendiri Di Sukan Para Asia 2026!

22 Oct 2026 • 10:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Nur Syaiful pertahankan emas acara 100m kuak dada lelaki SB4 di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, Jepun.
  • Catat rekod baharu temasya dengan masa 1 minit 41.44 saat, memecahkan rekod miliknya sendiri.
  • Raih emas kedua berturut-turut selepas muncul juara pada edisi Hangzhou 2022.
  • Kemenangan ini menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara renang pada Sukan Para Asia 2026.

Jaguh renang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terus mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya mempertahankan pingat emas acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Menurut laporan Astro Awani, atlet berusia 31 tahun dari Sarawak itu turut mencipta rekod baharu temasya dengan catatan 1 minit 41.44 saat, sekali gus memecahkan rekod miliknya sendiri!

Nur Syaiful pecah rekod sendiri, emas kedua berturut-turut

Image from: Nur Syaiful Pertahan Emas, Pecah Rekod Sendiri Di Sukan Para Asia 2026!

Kejayaan Nur Syaiful itu menyaksikan beliau meraih emas kedua berturut-turut dalam acara berkenaan selepas turut muncul juara pada edisi terdahulu di Hangzhou pada 2022.

Malah, rekod baharu itu lebih pantas berbanding catatan 1:41.55 saat yang dilakukannya ketika pusingan saringan kedua pada pagi yang sama.

Pertandingan akhir acara tersebut berlangsung di Nagoya City General Gymnasium, Jepun.

Bagi acara berkenaan, Ali Turganbekov dari Kazakhstan meraih pingat perak dengan catatan 1:44.26 saat, manakala Rohit Kumar dari India membawa pulang gangsa selepas merekodkan 1:57.25 saat.

Emas pertama Malaysia dalam acara renang

Image from: Nur Syaiful Pertahan Emas, Pecah Rekod Sendiri Di Sukan Para Asia 2026!

Kemenangan Nur Syaiful turut menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara renang pada edisi kelima Sukan Para Asia yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu.

Sebelum ini, beliau terlebih dahulu memecahkan rekod temasya 1:46.78 saat yang dicatatkannya pada edisi Hangzhou 2022 ketika pusingan saringan sebelum memperbaharui catatan itu sekali lagi pada peringkat akhir.

The post Nur Syaiful Pertahan Emas, Pecah Rekod Sendiri Di Sukan Para Asia 2026! appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved