nurul_ilmi91 nurul_ilmi91

30 Mar 2024 • 1:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar kejadian rumah penduduk disambar petir. - gambar media sosial

Seorang lelaki terkejut selepas menyaksikan rumah jirannya disambar petir dalam satu kejadian di Taman Banjar Aman, Teluk Intan, pada Rabu lalu.

Melalui rakaman kamera papan pemuka kenderaannya, rumah terbabit disambar petir ketika hujan lebat melanda kawasan itu.

Menurut seorang pengguna TikTok, nurul_ilmi91, yang memuat naik rakaman berkenaan ke aplikasi itu, secara kebetulan jirannya itu sedang dalam perjalanan pulang dari kerja.

“Video ni diambil dr kereta jiran..kebetulan balik kerja dashcam rakam kejadian ni..jiran tu lelaki..dia pon gigil juga tu sampai stop dulu dari masuk rumah. kalau sy yg nampak ni mgkin pengsan kot,” katanya.

Menurut Nurul, jiran yang rumahnya disambar petir itu tidak berada di rumah ketika kejadian. – Getaran, 30 Mac 2024

@getaranmy Seorang pengguna TikTok berkongsi video bagaimana rumah jiran beliau telah disambar petir pada Rabu lepas. Namun menurut beliau juga, tiada siapa berada di rumah ketika kejadian itu berlaku. Kredit video: nurul_ilmi91 #getaranmy #viral #semasa ♬ original sound - Getaran