Nurul Izzah Dahului Persaingan Bagi Jawatan Timbalan Presiden PKR

LocalPolitics
23 May 2025 • 8:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nurul Izzah Dahului Persaingan Bagi Jawatan Timbalan Presiden PKR

JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mendahului persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan sesi 2025-2028, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Sumber memaklumkan Nurul Izzah memperoleh jumlah undian yang tinggi berbanding penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi.

Berdasarkan keputusan itu, Nurul Izzah mendahului dengan 9, 803 undi manakala Rafizi memperoleh 3,866,

Pemilihan kepimpinan baharu PKR itu berlangsung hari ini dari 8 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, sumber rapat kepada Rafizi turut mengesahkan perkembangan tersebut.

Keputusan rasmi pemilihan dijangka diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada 9 malam ini.

Perebutan bagi mengisi jawatan Naib Presiden PKR pula menyaksikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendahului persaingan.

Ia diikuti Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R. Ramanan, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Sumber: BERNAMA