Nurul Izzah Dilantik Pengerusi MPN Zon Utara

Politics
12 Aug 2022 • 1:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) bagi zon Utara. - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) bagi zon Utara, merangkumi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, lantikan itu dibuat selepas proses perbincangan dan rundingan selesai dilakukan bersama ketua cabang kesemua negeri terbabit.

“Ketiga-tiga negeri sebulat suara bersetuju dengan pelantikan beliau (Nurul Izzah) sebagai Pengerusi yang baharu.

“Semoga saudari Nurul Izzah dapat menggerakkan PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan sepenuh keyakinan,” katanya, lewat malam tadi.

PKR melakukan perubahan strategi yang lebih menarik dengan menampilkan Timbalan serta Naib Presiden parti sebagai Pengerusi MPN di Semenanjung.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelantikan seorang lagi naib presiden parti, Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN Perak.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pula diberi amanah sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan dan Johor.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dipilih mengetuai Negeri Sembilan dan Melaka manakala Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengetuai PKR Kelantan dan Terengganu. .

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari merangkap Naib Presiden PKR dipilih menerajui MPN Selangor dan Pahang. – Getaran, 12 Ogos 2022