Nurul Izzah Gembira Dapat Pecah Rekod & Pertahankan Gelaran Juara Asia

27 Feb 2025 • 11:55 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jaguh berbasikal negara, Nurul Izzah sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mempertahankan gelaran Juara Asia dalam acara Keirin.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang dan ketekunan luar biasa atlet berbakat ini.

https://www.instagram.com/p/DGjqA2kyNUO/?hl=en&img_index=14

Nurul Izzah gembira, mulakan 2025 dengan penuh gemilang

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, dia menyatakan bahawa tahun 2025 bermula dengan penuh gemilang buatnya kerana bukan sahaja meraih emas dalam acara Keirin, tetapi turut menambah satu lagi pingat emas dalam acara kilometer sambil memecahkan rekod kebangsaan.

image is not available

Nurul Izzah gembira, ucap terima kasih kepada jurulatih & rakan2

Tidak cukup dengan itu, dia turut membawa pulang perak dalam acara pecut berpasukan serta gangsa dalam pecut individu.

Perkara tersebut sememangnya satu pencapaian luar biasa yang membanggakan Malaysia.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat mempertahankan gelaran ini.

Terima kasih kepada jurulatih dan pengurusan yang sentiasa memberikan sokongan moral dan menyediakan kemudahan terbaik.

Tidak lupa kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan. Kata-kata semangat mereka amat bermakna buat saya,” kata Nurul Izzah.

image is not available

Bukti usaha tidak pernah mengkhianati hasil

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa usaha gigih dan dedikasi tinggi mampu membawa atlet negara ke tahap tertinggi.

Dalam pada itu, Nurul Izzah berjanji akan terus bekerja keras untuk meraih lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

image is not available

Semoga atlet-atlet Malaysia terus gah dalam sukan berbasikal ini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa memberikan sokongan dan meraikan kejayaan anak tempatan.

Sumber: Instagram izzahmdasri._

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved