Nurul Izzah kecam insiden anak Rafizi, desak pelaku segera dihadap ke muka pengadilan!

LocalPolitics
15 Aug 2025 • 10:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Presiden Parti Keadilan (PKR), Nurul Izzah kecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap anak kepada Datuk Seri Rafizi Ramli yang dianggap satu kejadian yang mengerikan.

Tegasnya, kanak-kanak tidak sepatutnya terdedah kepada bahaya memandangkan tindakan jenayah berat tersebut secara jelas telah melanggar prinsip asas kemanusiaan.

Susulan itu, beliau mendesak pihak berkuasa untuk bertindak segera, menyiasat dengan telus berhubung insiden itu bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi atau pengecualian.

Nurul Izzah kecam

image is not available

“Sebagai seorang manusia dan seorang ibu, saya memahami keresahan serta kegusaran yang sedang ditanggung oleh Saudara Rafizi dan keluarga.

“Saya berasa amat terkesan kerana sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya menumpukan perhatian kepada usaha melindungi murid-murid sekolah daripada ancaman dan buli di alam maya.

“Politik boleh menjadi medan pertarungan idea dan pandangan, namun keselamatan anak-anak serta keluarga tidak sepatutnya menjadi taruhan atau alat tekanan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kata Izzah, tiada sesiapa pun yang wajar dijadikan sasaran atau mangsa dalam permainan politik dalam apa jua bentuk sekali pun.

Nurul Izzah kecam

image is not available

“Dalam hal ini, kita wajib mengetepikan segala perbezaan dan mengecam dengan sebulat suara terhadap tindakan yang telah melangkaui batas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Rafizi dan mendoakan dikurniakan kesembuhan, diberikan kekuatan serta perlindungan.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai bersama-sama menentang budaya buli dan intimidasi demi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat buat anak-anak.

Terdahulu, Rafizi mendakwa anaknya telah diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa.

Katanya, kejadian itu berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut dan anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.

image is not available

Sumber: Instagram @Nurul Izzah