Nurul Izzah panglima PKR, bawa seruan damai untuk semua -Fadhlina Sidek

LocalPolitics
15 May 2025 • 3:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Nurul Izzah

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai panglima parti yang membawa seruan damai untuk semua, menurut Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

image is not available

Tak perlu pertikai kredibiliti Nurul Izzah

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek apabila menegaskan, kredibiliti anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar dipertikai memandangkan beliau telah sekian lama berada di barisan hadapan perjuangan parti.

“Kredibiliti beliau tidak perlu dipertikaikan. Ini adalah pentas yang telah beliau lalui bersama dalam membina PKR, dengan segala mehnah (ujian) dan tribulasi (kesengsaraan).
“Beliau tidak pernah hilang, tidak pernah berehat. Malah, seluruh kehidupannya adalah untuk perjuangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

image is not available

Nurul Izzah lambang kesungguhan pemimpin berprinsip

Mengulas kempen ‘Bersama Membina Parti Kita’, Fadhlina turut menyifatkannya sebagai lambang kesungguhan seorang pemimpin berprinsip dan matang yang mahu memperkukuh semula asas perjuangan parti.

“‘Bersama Membina Parti Kita’ adalah anjuran tepat yang memperlihatkan komitmen beliau untuk terus bersama anggota akar umbi dalam memperkukuh parti keramat ini.
“Nurul Izzah adalah Nurul Izzah. Panglima Keadilan yang membawa seruan damai untuk semua,” ujarnya.

image is not available

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal juga menyatakan PKR memerlukan tokoh signifikan seperti Nurul untuk memimpin di posisi lebih penting, sekali gus memastikan hala tuju parti terus kekal bersama rakyat.

Dengan imej sebagai Puteri Reformasi yang konsisten memperjuangkan keadilan sejak muda, langkah beliau kembali aktif dalam kepimpinan utama kini memberi nafas baru buat PKR mendepani cabaran mendatang.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek