Nurul Shuhada Keguguran, Nafi Dakwaan Gugurkan Kandungan Secara Haram

Entertainment
9 May 2023 • 10:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih belum lagi reda dengan krisis rumah tangga pelakon tempatan Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada, terdapat pula sebuah berita sedih yang menimpa isterinya itu.

Umum mengetahui sebelum ini Nurul Shuhada dikhabarkan mengandung namun semalam menerusi Instagram @officialhlive, dia memberitahu kehamilannya itu gugur pada usia 14 minggu.

Kenyataannya itu dibuat selepas ada desas-desus yang mengatakan Shuhada dengan sengaja menggugurkan kandungan itu secara haram.

“Shu mintak doa yang baik-baik dari korang, minta nasihat yang postif.

Atas pendapat ahli keluarga saya dan peguam, saya berkongsi semua ini juga bagi menafikan dakwaan melakukan pengguguran secara haram.

Jadi, saya nak mengelak tuduhan tak berasas lagi selepas ini,” katanya.

Pada pertengahan April lalu, Nurul Shuhada berkongsi menerusi sebuah posting dalam Instagram miliknya bahawa dirinya sedang hamil anak ketiga dan menyatakan dia perlu kuat walaupun sedang berdepan pelbagai tekanan.

Sebagai info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Doakan yang baik untuk Shu guys!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.