Nurulhidayah Terkilan, Media Gelarkan Dirinya ‘Anak Zahid’

LocalPolitics
2 Jul 2025 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan rasa terkilan apabila ada media menggunakan gelaran ‘Anak Zahid’ buatnya dalam satu tajuk berita berbanding menggunakan namanya.

Jelas Nurulhidayah, beliau anggap tindakan itu telah menghakis identitinya sebagai seorang individu yang berdikari.

“Saya sedar siapa Abah saya, dan saya bangga menjadi anak kepada Ahmad Zahid bin Hamidi. Namun pada masa yang sama, saya juga seorang individu yang punya pendapat, prinsip dan identiti sendiri.”

Beliau turut menegaskan bahawa setiap insan wajar dikenali dan dihormati atas nama serta usaha mereka sendiri tanpa perlu merujuk kepada identiti ahli keluarga.

image is not available

“Apabila media terus-menerus menggugurkan nama saya sendiri dan menggantikannya hanya dengan label ‘anak Zahid’, ia secara tidak langsung menghilangkan pengiktirafan terhadap kerjaya, pandangan dan sumbangan saya sebagai individu.”

Tambahnya media perlu mempunyai tanggungjawab profesional untuk melaporkan secara tepat dan adil, selari dengan etika kewartawanan untuk menghormati identiti seseorang tanpa pelu mengira latar belakang keluarga.

Bagaimanapun, beliau bukanlah meminta untuk dipandang tinggi, cuma perlu gunakan nama penuhnya seperti mana media menyebut individu lain dalam liputan mereka.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.