Nusyuz tidak layan suami?

11 Oct 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

korban

Nusyuz tidak layan suami?

SOALAN
Adakah saya sudah jatuh nusyuz jika enggan melayan kehendak suami kerana keletihan seharian penat bekerja? Lagipun dia baru kembali daripada giliran isterinya yang seorang lagi.

Isteri cemburu
Kedah

Jawapan
Sekiranya keengganan itu tidak berasas, ia boleh dianggap nusyuz. Namun digalakkan si suami memaafkan si isteri dan berbincang dengan baik dalam hal ini.

Ragui status halal restoran

SOALAN
Kalau makan di sebuah restoran yang saya ragui status halalnya bolehkah saya mengingatkan atau melarang orang lain mengunjungi restoran berkenaan?

Irman
Kota Sarang Semut

Jawapan
Sekiranya belum pasti status halal maka cukuplah sekadar kita tidak makan di situ tanpa perlu berkempen kepada orang ramai agar jangan makan di situ, melainkan kita menasihati orang yang dekat dengan kita.

Damaikan ibu bapa bergaduh

SOALAN
Ibu bapa saya sering bergaduh dan saya bimbang mereka bercerai sebab bapa saya sering mengugut begitu. Saya bimbang kalau benar-benar terjadi. Patut saya ikut siapa sebab saya sayang ibu saya?

Farida
Sentul

Jawapan
Sentiasa berbuat baik kepada kedua-dua mereka dan cuba mendamaikan mereka agar mereka dapat berbaik.

 

Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada soaljawabutusan@mediamulia.com.my- UTUSAN

 

The post Nusyuz tidak layan suami? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved