CEO NVIDIA kini berkongsi mengatakan mereka akan membuka sebuah makmal kajian memfokuskan kepada perkomputeran kuantum. Makmal ini akan dibuka di Boston, Amerika Syarikat, serta akan menyaksikan kerjasama dengan saintis daripada Harvard University dan juga MIT.

Makmal ini kelak akan memfokuskan kepada dalam menyatukan pembangunan perkakasan untuk kuantum bersama adikomputer dikuasakan kecerdasan buatan. Ia turut dijangka akan memacu pembangunan adi-perkomputeran kuantum. Makmal NVIDIA ini turut akan memfokuskan pembangunan CUDA-Q dalam makmal ini, iaitu sebuah platform perkomputeran hibdird sumber terbuka.
Langkah pengumuman makmal kajian memfokuskan perkomputeran kuantum ini sedia mengejutkan ramai pihak, apatah lagi pada awal tahun ini, CEO NVIDIA mengatakan era perkomputeran kuantum akan mengambil lebih sedekad lagi sebelum benar-benar berguna dan diaplikasikan.

