Dengan kemaskini terbaru kepada perisian GeForce Experience yang menggantikannya dengan perisian NVIDIA App, pengguna kini boleh mendapatkan kemaskini perisian pemandu kad grafik dengan lebih mudah, dan banyak tetapan kad grafik dalam permainan boleh diubahsuai dengan cepat dan mudah.
Akan tetapi, baru-baru ini terdapat laporan bahawa aplikasi NVIDIA App menyebabkan isu permainan komputer dimana prestasi grafik dan kadar bingkai dilihat sehingga 15 peratus lebih rendah berbanding dengan sebelum kemaskini kepada aplikasi tersebut.
Pelbagai hantaran di internet dapat dilihat mengenai isu ini, dan beberapa ujian telah dilakukan menggunakan perisian GeForce Experience sebelum kemaskini terbaru dan juga dengan perisian NVIDIA App dipasang. Ujian-ujian ini memang ada memperlihatkan penurunan dari segi jumlah FPS dari 2-15 peratus bergantung kepada permainan dan juga kad grafik yang digunakan.
Yikes, looks like having the NVIDIA app installed was destroying perf in some of my games (mainly UE5 ones) like Black Myth Wukong and The Talos Principle 2. Uninstalling the NVIDIA app fixed some horrendous frametime issues and gave me an extra 15%+ of performance! pic.twitter.com/KimvcahJ1P
Isu terbesar nampaknya diperlihatkan pada permainan-permainan yang menggunakan enjin grafik Unreal 5 seperti Black Myth: Wukong dan The Talos Principles 2. Laman-laman web teknologi seperti Tom’s Hardware dan Digital Trends dan ya, ia benar bahawa pemasangan NVIDIA App ini menyebabkan penurunan prestasi tersebut.
Tetapi apa yang menariknya mengenai ini, menurut Digital Trends ialah penurunan prestasi ini bukanlah disebabkan oleh penggunaan NVIDIA App semata-mata. Menurut ujian mereka sendiri, isu prestasi ini disebabkan oleh tindihan atas (overlay) NVIDIA overlay.

Ciri ini membolehkan pengguna untuk mengakses pelbagai ciri seperti tangkapan layar, rakaman skrin dan lain-lain, dan nampaknya ia yang menyebabkan isu prestasi grafik tersebut. Dengan menutup ciri ini didalam bahagian tetapan NVIDIA App, mereka melaporkan bahawa prestasi grafik kembali ke angka-angka sediakala.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah NVIDIA akan memperbaiki isu overlay tersebut, tetapi jika anda juga sedang menghadapi isu ini, mungkin anda boleh mencubanya untuk melihat samada ia kembali pulih untuk anda.

