NVIDIA Dan MediaTek Bekerjasama Untuk Membangunkan CPU AI Tersendiri

TechnologyDigital
9 Oct 2024 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerjasama diantara dua syarikat pereka cip semikonduktor, NVIDIA dan MediaTek bukanlah sesuatu yang baru. Beberapa tahun lalu, mereka telah memperlihatkan sebuah demo gabungan teknologi pemprosesan grafik diantara kedua-dua syarikat tersebut, dan baru-baru ini, teknologi paparan NVIDIA G-SYNC Pulsar juga diperkenalkan untuk memudahkan penggunaan teknologi G-SYNC pada kos yang lebih mampu-milik.

Terkini, kedua-dua syarikat ini telah memperlihatkan satu kerjasama baru untuk membangunkan sebuah cip pemprosesan AI menggunakan proses 3nm untuk komputer riba AI. Ya, kedua-dua syarikat ini nampaknya akan bergabung tenaga untuk memasuki pasaran komputer riba AI untuk Arm yang kini didominasi oleh Qualcomm melalui cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X yang baru dilancarkan.

image is not available

MediaTek dilihat boleh menawarkan kepakaran dalam pemprosesan tugasan komputer biasa, manakala NVIDIA pula dilihat boleh menyelesaikan masalah berkaitan pemprosesan grafik untuk membolehkan komputer riba ini menggerakkan permainan-permainan komputer dan juga pelbagai keperluan kuasa grafik yang lain.

Malah, cip pemprosesan ini dilaporkan akan beralih ke fasa “tape out” ataupun fasa terakhir rekaan sebelum rekaan ini dihantar ke syarikat seperti TSMC untuk dikilangkan. Cip pemprosesan ini dijangka akan diperkenalkan sekitar tahun hadapan, dengan syarikat-syarikat seperti ASUS, Dell, HP dan Lenovo dilihat akan menjadi beberapa pelanggan untuk cip pemprosesan ini.