Untuk beberapa generasi siri kad grafik sebelum ini, NVIDIA secara lazimnya akan mengambil kira-kira dua tahun untuk memperkenalkan siri kad grafik baru mereka. Dari 2016, kita memperlihatkan siri kad grafik Pascal, pada tahun 2018 ialah Turing, pada 2020 ialah Ampere, dan pada 2022 ialah Ada Lovelace.
Terkini, HardwareLuxx baru sahaja mengatakan bahawa NVIDIA telah memperlihatkan nama projek siri cip pemprosesan terbaru mereka yang dinamakan Ada Lovelace Next dan bahawa ia akan diperkenalkan pada tahun 2025, setahun lebih lewat daripada daripada biasa.

Menariknya ialah penggunaan nama Ada Lovelace Next, yang mungkin menandakan bahawa siri cip pemprosesan grafik akan datang ini hanyalah sebuah kemaskini dari segi jumlah teras dan kelajuan cip dan sebagainya. Samada ini bermakna bahawa NVIDIA akan memperkenalkan kembali siri kad grafik GeForce Super ataupun akan menggunakan kemaskini ini sebagai model GeForce RTX 5000 tidak diketahui lagi.
Dalam pada itu, nama siri kad grafik Grace Next dan Hopper Next yang merupakan kemaskini untuk siri kad grafik pusat data oleh NVIDIA juga akan tiba sekitar 2024-2025.
- Sumber
- HardwareLuxx
