NVIDIA Dilaporkan Membangunkan NemoClaw Sebagai Pesaing OpenClaw

TechnologyDigital
10 Mar 2026 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

NVIDIA sedang membangunkan platform NemoClaw untuk bersaing secara terbuka dengan platform ejen kecerdasan terbuka (AI) OpenClaw menurut laporan Wired. NemoClaw boleh digunakan tanpa mengira sama ada menggunakan cip Nvidia ataupun tidak. NVIDIA dilaporkan telah Nvidia telah menghubungi Google, Salesforce, Adobe, Cisco, dan CrowdStrike untuk bekerjasama dalam projek ejen AI ini.

image is not available

Dengan menawarkan NemoCLaw secara sumber terbuka lengkap dengan alat keselamatan dan privasi, NVIDIA berusaha mengekalkan penguasaannya dalam pasaran infrastruktur AI. Antara isu berbangkit OpenClaw ialah ia menimbulkan risiko sekuriti dengan data pengguna terdedah dengan satu insiden ejen AI memadam emel kakitangan Meta tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

OpenClaw menjadi bualan ramai kerana didakwa boleh menghasilkan perisian serta aplikasi sendiri selepas hanya menerima prom daripada pengguna. Ia dilihat sebagai evolusi AI seterusnya dengan ia tidak terhad sebagai pembantu maya dan chatbot semata-mata.

Selain NemoClaw, NVIDIA juga dilaporkan merancang untuk memperlihatkan cip inferens baharu yang direka dengan Groq. Pada penghujung Disember lalu, NVIDIA mengumumkan mereka akan melesenkan teknologi Groq, serta pelbagai ahli pasukan Groq akan menyertai NVIDIA.

Dibawah persetujuan ini, presiden, pengasas dan juga sejumlah pasukan Groq akan menyertai NVIDIA, dan seterusnya memperluaskan lagi teknologi Groq yang dilesenkan kepada NVIDIA. Mengikut beberapa laporan, NVIDIA membayar sekitar $20 bilion untuk melesenkan teknologi, selain mendapatkan sejumlah aset milik Groq.