NVIDIA Memperkenalkan Zorah – Demo Kemampuan Cip Grafik Blackwell Dan Teknologi Grafik DLSS 4

TechnologyDigital
18 Apr 2025 • 3:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 bermula awal tahun ini, syarikat tersebut baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah demo teknologi yang memperlihatkan kemampuan cip grafik Blackwell bersama-sama dengan kemampuan olahan Ray-tracing dan grafik beresolusi dan tetapan tinggi yang dinamakan Zorah.

Demo grafik Zorah ini hadir dengan saiz muat-turun 108GB yang boleh dimuat-turun dengan percuma melalui Epic Games Store dan menunjukkan adegan “dalam permainan” yang terdiri daripada 500 juta segitiga, 2000 zarah cahaya dan 1500 tekstur.

image is not available

Demo grafik ini juga akan menunjukkan kebolehan teknologi grafik DLSS 4 dari segi penjanaan bingkai grafik dan penggunaan teknologi AI untuk memastikan demo ini boleh digerakkan secara lancar. NVIDIA mengatakan bahawa demo grafik ini akan menghadapi kesukaran untuk digunakan sekiranya ia tidak menggunakan teknologi janaan bingkai terbaru DLSS Super Resolution dan olahan neural (neural rendering) menggunakan AI oleh NVIDIA.

Jika anda memiliki sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 dan komputer anda cukup berkuasa untuk menggerakkannya, anda boleh memuat-turunnya melalui laman web NVIDIA Developer.