NVIDIA GeForce RTX 4050 Dengan Antaramuka M.2 Diperlihatkan

TechnologyDigital
20 May 2024 • 4:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kad grafik untuk komputer riba secara lazimnya hadir dengan beberapa rekaan. Untuk komputer riba yang mempunyai rekaan lebih padat, ia akan menggunakan rekaan MXM (Mobile PCI Express Module) yang nipis dan ringan, tetapi masih menggunakan antaramuka PCIe secara terus.

image is not available

Terkini, sebuah lagi rekaan baru yang lebih nipis dan padat diperlihatkan, dan ia nampaknya menggunakan antaramuka storan M.2. Untuk kad grafik “baru” ini, ia merupakan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 yang menggunakan tiga sambungan M.2 untuk disambungkan ke komponen papan induk sebuah komputer riba.

Keunikan penggunaan kad grafik dengan rekabentuk sebegini ialah ia boleh dipasang dan dicabut dengan mudah, dan slot-slot M.2 pada papan induk ini boleh digunakan untuk menambah jumlah storan pada komputer riba.

Ia dijangka bahawa Lenovo akan menjadi pembuat komputer riba pertama yang akan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 dengan rekaan sebegini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved