NVIDIA Melesenkan Teknologi Groq – Sejumlah Pasukan Teras Akan Turut Menyertai NVIDIA

TechnologyBusiness & Finance
25 Dec 2025 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan ketidaktentuan kebenaran pihak berkuasa dalam pengambil-alihan sesuatu syarikat, kini pelbagai syarikat gergasi memilih langkah untuk melesenkan teknologi dan juga mendapatkan ahli pasukan syarikat lain. Terbaru, NVIDIA mengumumkan mereka akan melesenkan teknologi Groq, serta pelbagai ahli pasukan Groq akan menyertai NVIDIA.

image is not available

Dibawah persetujuan ini, presiden, pengasas dan juga sejumlah pasukan Groq akan menyertai NVIDIA, dan seterusnya memperluaskan lagi teknologi Groq yang dilesenkan kepada NVIDIA. Mengikut beberapa laporan, NVIDIA membayar sekitar $20 bilion untuk melesenkan teknologi, selain mendapatkan sejumlah aset milik Groq dibawah persetujuan ini.

Gro menyatakan mereka akan terus mengoperasikan GroqCloud, dan akan mempunyai pengurusan baharu untuknya.

Groq sebelum ini menawarkan akses kepada sejumlah model kecerdasan buatan, membolehkan pembangun menggunakannya dalam pembangunan integrasi kecerdasan buatan janaan masing-masing pada perkhidmatan mereka. Dengan pelesenan ini, sama-sama kita nantikan apakah perubahan lain yang hadir pada NVIDIA dalam bulan-bulan akan datang.