Realme 16 Pro+ 5G Akan Menggunakan Kamera 200MP

TechnologyDigital
24 Dec 2025 • 1:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Trend kamera 200MP dijangka meningkat pada tahun hadapan dengan kemunculan pelbagai peranti komersial di pasaran. Salah satu model yang bakal menampilkan teknologi ini ialah Realme 16 Pro+ 5G yang akan menggunakan kamera 200MP sebagai sensor utama.

image is not available

Selain itu, peranti ini turut digabungkan dengan sensor 50MP periskop telefoto sekali gus menjadikannya sesuai untuk tangkapan imej pada pelbagai jarak. Berdasarkan perkongsian Realme, kamera menyokong zoom optikal sehingga 10x yang dioptimumkan untuk fotografi potret. Antara mod lainyang disediakan ialah 1x untuk potret berkumpulan, 3.5x untuk ‘golden portrait’ dan 10x untuk ‘long-zoom portrait’.

image is not available

Seterusnya, pengalaman fotografi dipertingkatkan dengan teknologi baharu seperti All-New LumaColor Algorithm, 3D Phantom Matrix, Intelligent Match of Color Brightness serta 16-bit Raw Domain Compute. Pengguna juga boleh menukar suasana gambar melalui beberapa pilihan mod seperti Lively, Vivid, Emerald, Fresh dan Neon bagi menghasilkan pelbagai gaya menarik.

image is not available

Bukan itu sahaja, peranti turut menawarkan kebolehan merakam video 4K HDR dengan sokongan zoom pada pelbagai tahap sekali gus menghasilkan video yang lebih sinematik. Bagi pengguna yang gemar bereksperimen dengan kandungan kreatif, Realme menyediakan templat khusus melalui fungsi AI Instant Clip di samping sokongan AI Edit Genie 2.0 untuk pengalaman suntingan yang lebih pintar.