Dengan pelancaran permainan video Diablo IV baru-baru ini, NVIDIA telah memperlihatkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 Founders Edition yang mempunyai rekaan rangka belakang dengan corak Diablo IV.
Ini adalah sebahagian daripada acara pemberian NVIDIA kepada peminat jenama tersebut dan juga mereka yang memainkan permainan ini. Ia dilihat hadir dengan pilihan plat yang boleh diubahsuai, bertemakan kelas-kelas dalam permainan ini, termasuklah Druid, Barbarian, Wizard, Necromancer dan Rogue.
To celebrate the launch of #DiabloIV with DLSS 3, we're giving away a NVIDIA GeForce RTX 4080 with a custom Diablo backplate.
Entering is easy:
Comment #DiabloRTX
Legal Hell
https://t.co/5IGRUARwvK pic.twitter.com/oXJ0KDDhOK
NVIDIA mengatakan bahawa mereka akan memilih satu peminat bertuah untuk memenangi kad grafik ini, dan walaupun ia merupakan sebuah pemberian global, nampaknya ia hanya terhad kepada beberapa negara-negara tertentu sahaja, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Taiwan dan sebagainya yang mana NVIDIA menjual kad grafik Founders Edition ini.

![[VIDEO] Konon Nak Tanya Pasal Baju, Peniaga Dedah Modus Operandi Cubaan Pukau Di Selangor](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)