
Sementara Apple baru sahaja mencapai nilai syarikat $4 trilion pada minggu ini, NVIDIA dilihat bergerak jauh ke hadapan lagi apabila menjadi syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai pasaran $5 trilion (~RM 20.9 trilion).

Pencapaian ini adalah selari dengan harga saham NVIDIA yang meningkat naik secara drastik pada tahun ini disebabkan oleh permintaan cip yang tinggi khususnya arena kecerdasan buatan. Pelbagai syarikat bergantung kepada cip NVIDIA untuk perkembangan mereka.
Malah, NVIDIA turut melabur pada pelbagai syarikat kecerdasan buatan, termasuk OpenAI, xAI, dan pada Nokia serta Intel.
Nilai saham NVIDIA dijangka akan terus meningkat naik secara positif disebabkan permintaan untuk arena kecerdasan buatan pada bulan-bulan akan datang.



