NVIDIA Menyenaraikan Permainan Video Yang Disokong RTX Spark Pada Hari Pertama Jualan

TechnologyGaming
14 Oct 2026 • 1:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA telah memperlihatkan platform NVIDIA RTX Spark mereka yang menggabungkan cip pemprosesan Grace dengan cip pemprosesan Blackwell dalam rekaan komputer riba dan desktop kerdil yang boleh digunakan untuk kedua-dua pembangunan teknologi perisian dan perkhidmatan AI dan juga untuk tujuan gaming.

Image from: NVIDIA Menyenaraikan Permainan Video Yang Disokong RTX Spark Pada Hari Pertama Jualan

Banyak telah diperkatakan tentang kemampuan AI platform ini, tetapi ramai juga yang tertanya-tanya tentang kemampuan gaming cip-cip NVIDIA RTX Spark ini, khususnya apabila platform perkomputeran khususnya menggunakan platform cip Arm dan bukan X86 keluaran Intel.

NVIDIA baru-baru ini telah mengesahkan bahawa apabila komputer-komputer yang dikuasakan RTX Spark dilancarkan kelak, sekurang-kurangnya 35 buah permainan komputer popular boleh dimainkan oleh pengguna tanpa masalah pada platform tersebut.

Image from: NVIDIA Menyenaraikan Permainan Video Yang Disokong RTX Spark Pada Hari Pertama Jualan

NVIDIA bukan sahaja bekerjasama dengan Microsoft untuk memastikan kestabilan platform dan sistem operasi, tetapi juga dengan syarikat-syarika pembangun untuk memastikan bahawa permainan mereka boleh diolah dengan baik, tetapi juga dimainkan dengan prestasi perkomputeran yang terbaik.

Malah, untuk permainan-permainan komputer seperti NBA 2K27, Hogwarts Legacy dan Where Winds Meet, permainan-permainan ini akan hadir dengan sokongan untuk teknologi grafik DLSS 5 yang mengandungi ciri-ciri seperti Super Resolution, Ray Reconstruction, Dynamic Multi Frame Generation dan 3D Guided Neural Rendering.

Ini juga bukanlah hanya berkenaan sama ada platform tersebut boleh mengolah grafik dan memainkan permainan-permainan ini, tetapi juga sokongan untuk teknologi seperti Anti Cheat yang membantu untuk mengurangkan isu mengelat dalam permainan. Permainan-permainan yang menyokong teknologi ini apabila siri komputer riba ini dilancarkan adalah seperti Counter-Strike 2, Dota 2, Fortnite, Marvel Rivals, NARAKA: BLADEPOINT, Rocket League, RUST, THE FINALS, War Thunder dan World of Tanks.

Komputer-komputer menggunakan platform cip NVIDIA RTX Spark akan tiba ke pasaran-pasaran terpilih bermula 16 Oktober 2026.

Sumber: NVIDIA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved