NVIDIA Menyiasat Jika Isu Kehilangan ROP Pada GPU Hadir Pada Kad Grafik Komputer Riba Gaming

TechnologyDigital
11 Mar 2025 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa sejumlah model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 telah mengalami isu dimana ia kehilangan sejumlah cip ROP yang menyebabkan prestasi kad grafik tersebut tidak sebaik seperti yang sepatutnya.

image is not available

Terkini, NVIDIA mengesahkan bahawa mereka akan menyiasat tentang isu tersebut pada kad-kad grafik untuk komputer riba mereka untuk memastikan isu ini tidak berlaku. Pada sebuah komputer riba, isu kehilangan kluster ROP boleh dilihat sebagai sesuatu yang sangat serius kerana pengguna ataupun pengeluar tidak hanya boleh mengeluarkan komponen GPU seperti pada sebuah komputer desktop, dan akan perlu menggantikan keseluruhan komputer riba tersebut.

image is not available

Perkara ini dijangka akan menyebabkan sedikit kelewatan dalam pengeluaran komputer riba gaming dengan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000, dimana ia dijangka bahawa komputer-komputer riba ini hanya akan tiba di pasaran-pasaran tertentu pada bulan April 2025 ini.

Buat masa ini pra-tempahan untuk komputer riba gaming yang dikuasakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 daripada ASUS dan MSI dilihat sudahpun hadir untuk pasaran tempatan.