NVIDIA Selesai Beli Saham Intel Bernilai $5 Bilion

TechnologyBusiness & Finance
29 Dec 2025 • 8:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan September lepas, NVIDIA mengatakan mereka akan melabur sebanyak $5 bilion ke dalam Intel. Semalam transaksi pembelian saham Intel oleh NVIDIA telah diselesaikan dengan NVIDIA membeli 214.7 juta saham Intel. Pembelian saham ini telahpun menerima kelulusan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) pada awal bulan ini.

image is not available

Sebelum ini, ia telah diumumkan yang mana kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan lebih rapat dalam pembangunan produk memfokuskan PC dan juga pusat data, termasuk melibatkan kecerdasan buatan. Disamping itu, kedua-dua pihak turut akan mengintegrasikan senibina produk antara satu sama lain.

Selain NVIDIA, sebelum ini kerajaan Amerika Syarikat turut telah mendapatkan pegangan ekuiti pada Intel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved