Nyanyi ‘high note’ tak bermakna lagu itu sedap – M. Nasir

Music
22 Aug 2026 • 11:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nyanyi ‘high note’ tak bermakna lagu itu sedap – M. Nasir

KUALA LUMPUR – Mestro muzik, Datuk M. Nasir meluahkan pandangan bahawa keupayaan penyanyi mencapai nada tinggi (high note) bukanlah penanda aras utama bagi menentukan sesebuah karya berkualiti.

Ujar pemilik nama lengkap Mohamad Nasir Mohamed Sam, 69, kualiti sesebuah lagu terletak pada keindahan melodi serta liriknya.

“Bagi saya, lagu yang sedap (untuk menang). ‘High note’ tidak bermakna lagu itu sedap — ini bermaksud penyanyi itu boleh sampai ke nada tinggi, itu sahaja.

“Tetapi kalau lagu yang sedap, tidak memerlukan ‘high note’. Cuma akhir-akhir ini memang susah hendak buat lagu yang tidak mempunyai ‘high note’ sebab kita sudah biasa.

“Kalau dalam carta muzik dunia, kebanyakan lagu sebenarnya mudah dan sederhana,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5 di Istana Budaya (IB) di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelantun lagu Tanya Sama Hud Hud itu berpendapat bahawa kehadiran penyanyi yang memiliki keunikan vokal tersendiri adalah elemen penting yang sukar dicari.

“Kena ada seorang penyanyi yang mempunyai suara unik. Kemahiran menyanyi itu memang dah tentu ada.

“Tapi dia kena ada suara yang orang suka. Itu satu benda yang susah kita nak ceritalah.

“Umpamanya macam sekarang suara yang besar-besar mungkin orang dah tak minat lagi walaupun bagus dia menyanyi, suara pun sedap, tetapi orang dah tidak menjadikan trend lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Nyanyi ‘high note’ tak bermakna lagu itu sedap – M. Nasir appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved