Nyanyi Lagu Duet Tamil, Siti Nurhaliza Pukau 60,000 Penonton Konsert A.R Rahman

Entertainment
29 Jan 2023 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi tumpuan peminat industri hiburan apabila persembahan duetnya bersama penyanyi popular dari India iaitu AR Rahman mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Datuk Siti Nurhaliza telah dijemput oleh AR Rahman sebagai tetamu undangan untuk menghiburkan penonton konsert itu malam tadi.

image is not available

Mereka berdua telah berduet menyanyikan lagu klasik Tamil iaitu Munbe Vaa. Persembahan ini telah mendapat standing ovation daripada penonton.

Menerusi Instagram, Datuk Siti Nurhaliza telah meluahkan perasaan gembira dan terujanya kerana dapat sepentas dengan lagenda muzik dari India itu.

Rta-rata warganet di Twitter juga memuji TokTi kerana berjaya menyampaikan lagu Tamil itu dengan fasih hingga ada netizen yang berpendapat bahawa penyanyi tersohor di Malaysia ini dipilih menjadi Ikon Perpaduan Negara.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun ke-27 TokTik bergiat aktif dalam industri muzik tanah air.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.