Nyanyi Lagu Ya Maulai, Azharina Mohon Jangan Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza

6 Nov 2023 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10), Azharina berharap agar orang ramai tidak membandingkannya dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
 
Bakal membawakan lagu Ya Maulai untuk minggu kelapan (GV10), peserta  itu merayu agar tidak dibanding-bandingkan dengan Datuk Seri Siti yang dianggap sebagai nama yang sangat besar dalam industri nyanyian Malaysia.
 
“Mesti ada perbandingan yang akan berlaku antara saya dan Siti Nurhaliza. Saya mohon berilah belas ehsan kepada saya sebelum apa-apa berlaku.
 
“Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf, sebab saya tidak mungkin dapat menjadi Datuk Siti Nurhaliza. Ibarat langit dengan bumi,” katanya ketika ditemui selepas konsert ketujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
 
Azharina juga menerangkan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk membawakan lagu tersebut dengan baik.






All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).