Nyaris Kemalangan Di Lebuhraya! Kereta BYD Atto 3 Tiba-Tiba Brek Sendiri

LocalCars
6 May 2025 • 8:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang pengguna kereta elektrik BYD Atto 3 tampil berkongsi pengalaman paling mencemaskan dalam hidupnya apabila kenderaan yang dipandu bersama keluarga tiba-tiba brek sendiri ketika berada di lorong kanan lebuhraya.

Kejadian berlaku pada 1 Mei lalu ketika mereka dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang dan sempat singgah di Kajang untuk menghadiri rumah terbuka.

Namun semuanya berubah apabila kenderaan secara mengejut berhenti sendiri tanpa sebarang amaran atau notifikasi.

Di skrin panel kereta pula menunjukkan ‘Power System Failure’ dan keempat-empat tayar seperti terkunci. Beberapa kereta hampir langgar kami sebab kami terhenti tiba-tiba di lorong kanan.

Terpaksa tunggu bantuan, kereta langsung tak bergerak…

image is not available

Menurut pengguna itu, pihak lebuhraya segera membantu mengawal lalu lintas dan selepas sejam, kereta mereka ditunda ke pusat servis BYD Glenmarie. Namun malangnya, servis yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

Mereka beri alasan tiada staff, perlu appointment. Saya tetap desak sebab ini kes kecemasan yang melibatkan nyawa.

Selepas pemeriksaan, punca masalah dikenal pasti sebagai bateri 12V yang ‘low voltage’ walaupun kereta baru digunakan selama 10 bulan. Lebih mengecewakan, tiada amaran awal dikeluarkan sistem kereta mengenai kerosakan tersebut.

Kenapa kereta boleh brek mengejut tanpa sebarang warning? Mereka jawab memang tiada sistem amaran kalau bateri 12V rosak.

Tanggungjawab servis dipertikai, kos perlu tanggung sendiri?

image is not available

Lebih menyakitkan hati, pemilik terpaksa menanggung sendiri kos RM418 untuk menukar bateri kerana kereta telah melebihi had 20,000KM dan tidak dilindungi jaminan.

Mereka juga terpaksa batalkan hasrat pulang ke kampung dan menumpang rumah saudara.

Syarikat kereta gah macam ni takkan tak mampu beri pinjaman kereta sementara? Alasan diberi, semua kereta pinjaman dah habis.

Masalah lain seperti kerosakan Wallbox Charger juga masih belum selesai sejak Februari lalu, meskipun telah beberapa kali dibuat aduan.

Pssttt! Buat semua pemilik EV, penting untuk kita sentiasa peka dan lakukan pemeriksaan berkala walaupun kereta masih baru. Kecuaian kecil boleh mengundang bahaya besar. Syarikat pengeluar pula perlu bertanggungjawab sepenuhnya, lebih-lebih lagi bila nyawa pengguna jadi taruhan.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.