
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut sahaja tentang budaya Peranakan, pasti anda akan terfikir tentang tradisi Baba Nyonya kan? Berita baik buat pencinta cita rasa budaya tersebut, pusat membeli-belah Sunway Velocity sedang menganjurkan acara Nyoya Fest bertempat di di Vanity Atrium, Aras Bawah.
Program yang akan berlangsung dari 19 Mei hingga 2 Jun 2026 itu adalah bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Acara ini mengajak para pengunjung dan pembeli untuk menyelami keindahan, tradisi dan cita rasa budaya Peranakan.
Ia diinspirasikan daripada identiti budaya Peranakan yang penuh warna-warni, kehalusan seni dan ketelitian hasil kerja tangan yang sinonim dengan tradisi Nyonya.

Foto: Eshvar 
Foto: Hazwani BuzzKini
Corak & Elemen Budaya Melayu, Cina Warnai Nyonya Fest
Di ruang Vanity Atrium, pengunjung boleh melihat gabungan elemen budaya Melayu dan Cina yang mencerminkan keunikan warisan Peranakan termasuklah jubin ikonik Baba Nyonya yang berwarna-warni dan dihiasi corak bunga.
Sekali pandang, anda pasti akan teringat suasana rumah dan kedai tradisional Peranakan seperti tempat asalnya di Melaka. Nak berOOTD pun memang cantik!


Foto: Hazwani BuzzKini
Aktiviti & Kiosk Yang Boleh Dikunjungi Sepanjang Nyonya Fest Berlangsung
Kiosk dan aktiviti yang boleh dinantikan sewaktu pengunjung pergi ke Nyonya Fest adalah:
- D Sunshine Studio: Pengalaman penggayaan Nyonya asli menerusi penyewaan pakaian kebaya tradisional.
- Sophiesticated Collection: Membolehkan orang ramai menyerlahkan lagi keanggunan fesyen Peranakan menerusi koleksi tersedia.
- Shamrada Craft & Shimmer G: Aksesori fesyen moden yang melengkapkan gaya kontemporari berinspirasikan Nyonya dengan gabungan sofistikated klasik.
- Original Nyonya & My Moments Presents Heristaste: Nikmati kuih Nyonya tradisional, kacang tumbuk serta snek berinspirasikan warisan menggunakan resipi dan teknik turun-temurun.
- Joymom’s: Biskut yang terkenal dengan rasa homemade serta menggunakan resipi berinspirasikan warisan yang membangkitkan nostalgia.
- Step Into Glam AI Photo Booth: Pengunjung boleh mengubah penampilan menjadi persona Baba Nyonya elegan menerusi potret yang dijana menggunakan teknologi AI.
NOTA: Pembeli yang membuat penebusan menerusi Pesona Nyonya Redemption atau menyewa Kebaya Nyonya atau Batik sahaja yang layak mengambil gambar di booth itu.



Nyonya Fest Diadakan Untuk Perkenalkan Budaya Peranakan Kepada Anak Muda
Pengarah Kanan Pemasaran Sunway Malls Kuala Lumpur, Darren Chear semasa majlis pelancaran semalam (20 Mei) berkata, “Di pusat beli-belah ini, kami sentiasa mencari cara bermakna untuk mencipta pengalaman yang lebih daripada sekadar membeli-belah, iaitu pengalaman yang menghubungkan orang ramai melalui budaya, tradisi dan penceritaan.
“Nyonya Fest diwujudkan dengan idea untuk mendekatkan warisan budaya kepada masyarakat, khususnya generasi muda yang mungkin belum berpeluang merasai sendiri keindahan dan seni budaya Peranakan.”

Foto: Hazwani BuzzKini
Pengunjung Boleh Saksikan Persembahan Budaya Secara Live
Semasa majlis itu berlangsung, pekarangan Vanity Atrium dimeriahkan dengan persembahan budaya secara langsung yang akan turut dianjurkan pada setiap minggu sehingga 2 Jun nanti.
Selain itu, terdapat juga bengkel interaktif yang berlangsung pada setiap hujung minggu dan cuti umum sepanjang tempoh kempen.

Foto: Hazwani BuzzKini
Tebus Ganjaran Menarik Dengan Perbelanjaan Minimum RM450
Para pembeli juga boleh membawa pulang ganjaran menarik menerusi Pesona Nyonya Redemption.
Caranya adalah dengan berbelanja minimum RM450 dalam dua resit bagi menebus Starbucks Keepsake Tumbler dan Nyonya Edition Sticker Pack.
Selain itu, pembeli juga berpeluang menikmati ganjaran tambahan berupa Baucar Tunai F&B bernilai RM10 apabila salah satu resit daripada jumlah perbelanjaan tersebut digunakan di mana-mana kedai F&B.
Eksklusif untuk cawangan runcit Sunway Velocity Two, pelanggan yang berbelanja minimum RM80 dalam satu resit layak menebus Baucar Tunai Home’s Harmony bernilai RM50.
Untuk pengetahuan, lanjut anda boleh ikuti perkembangan Nyonya Fest menerusi Facebook, Instagram dan laman web Sunway Velocity Mall.

