Mobvoi Bakal Hadir Dengan TicWatch Pro Dengan Sokongan 4G

14 Jun 2019 • 4:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TicWatch Pro adalah jam tangan pintar Wear OS paling premium daripada Mobvoi. Apa yang menarik dengan jam tangan pintar ini adalah, ia mempunyai dwi-skrin gabungan panel AMOLED 1.39-inci dengan skrin LCD FTSN. Melalui teknologi dwi-skrin ini, jangka hayat bateri akan lebih tahan dan pengalaman penggunaan saya – ia mampu bertahan sehingga dua minggu. Untuk Wear OS, dua minggu adalah satu jangka masa yang agak panjang. Kerana kebanyakannya hanya bertahan sekitar 1-2 hari sahaja.

image is not available

Baca Ulasan TicWatch Pro Di Sini

Terkini, laman web Mobvoi secara tidak sengaja menerbit produk baru sebelum ia diumumkan secara rasmi. Produk ini adalah sepasang TicWatch Pro. Cuma kali ini ia akan hadir dengan sokongan 4G, ini bermakna pengguna boleh menggunakannya tanpa ditambat pada telefon pintar. Cuma yang tidak pasti adalah, adakah TicWatch Pro yang sama cuma ditambah sokongan 4G atau sepasang jam tangan pintar yang serba baru.

image is not available

Sedikit mengecewakan adalah, laman web Mobvoi ini memperlihatkan yang jam ini akan dijual secara eksklusif bersama Verizon. Ini bermakna, pasaran jualan jam ini adalah terhad dan besar kemungkinan tidak boleh dibeli oleh pengguna tempatan. Model sebelum ini kini dijual pada harga yang lebih mahal berbanding tahun lepas, $264.99 (~RM1105). Sebelum ini ia dijual pada harga $249.99 (~RM1042) sahaja.