Objek Disyaki Bom Di Masjid Senadin, Lelaki Pemotong Rumput Ditahan

18 Nov 2024 • 5:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penduduk Senadin digemparkan dengan penemuan objek mencurigakan di Masjid

Objek Disyaki Bom Di Masjid Senadin, Lelaki Pemotong Rumput Ditahan. Sebuah insiden telah berlaku di masjid Senadin apabila dua objek mencurigakan ditemui, menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemotong rumput ditahan pihak polis.

Menurut ACP Alexson Naga Chabu selaku Ketua Polis Daerah Miri, pihaknya menerima laporan tentang penemuan dua bungkusan yang kelihatan seperti bahan letupan di masjid tersebut kira-kira pukul 1 petang.

image is not available
Sumber foto: The Borneo Post. Objek Disyaki Bom Di Masjid Senadin, Lelaki Pemotong Rumput Ditahan

Susulan penemuan itu, Unit Pengendalian Bom IPD Miri telah dikerahkan ke lokasi dan mengambil tindakan keselamatan yang diperlukan. Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan bukanlah bahan letupan, menurut laporan media tempatan.

Kes ini kini dalam siasatan di bawah Seksyen 298 dan 506 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Kejadian ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk sekitar. Pihak polis telah menjalankan rondaan di kawasan tersebut dan penduduk berjiran diminta mengosongkan kediaman mereka sementara pemeriksaan dijalankan. Sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah boleh dilaporkan ke balai polis terdekat atau menghubungi talian 085-433760.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai bom: