Obses Dengan Teman Lelaki, Wanita Ini Disahkan Menghidap Penyakit ‘Otak Cinta’

26 Apr 2024 • 1:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita itu menghubungi teman lelaki sebanyak 100 kali sehari dan mengancam lompat dari balkoni kerana tidak dilayan

Obses Dengan Teman Lelaki, Wanita Ini Disahkan Menghidap Penyakit ‘Otak Cinta’. Seorang wanita di China telah dimasukkan ke hospital selepas didapati mengalami ketaksuban atau fanatik terhadap teman lelakinya.

Tingkah lakunya bermula sejak tahun pertama di kolej di mana dia menjadi terlalu bergantung pada teman lelakinya itu, menurut sumber.

image is not available
Obses Dengan Teman Lelaki, Wanita Ini Disahkan Menghidap Penyakit ‘Otak Cinta’. Gambar hiasan

Dibawa ke hospital dan doktor sahkan wanita tersebut menghidap penyakit ‘otak cinta’

Xiaoyu sering menghubungi teman lelakinya lebih 100 kali sehari untuk mengetahui keberadaannya sehingga menyebabkan pergaduhan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Xiaoyu mengancam untuk melompat dari balkoni setelah tidak mendapat respons dari teman lelakinya.

Pihak polis terpaksa membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan Xiaoyu menghidap gangguan personaliti sempadan atau ‘otak cinta’ yang merujuk kepada tingkah laku obsesif dalam percintaan.

Penyakit ini kemungkinan disebabkan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa

Menurut Dr. Du Na, gangguan ini berkemungkinan berpunca daripada pengalaman kanak-kanak yang tidak sihat dan tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa ketika kecil.

Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar bagi Xiaoyu, Dr. Du menerangkan gangguan personaliti ini kadangkala boleh berlaku bersama dengan keadaan lain seperti kebimbangan, kemurungan dan gangguan bipolar.