OCR Group beli 49% kepentingan dalam Chester Properties bernilai RM19.6 juta daripada Datuk Howard Chew Si Hoo

23 Jul 2026 • 10:52 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

OCR Group beli 49% kepentingan dalam Chester Properties bernilai RM19.6 juta daripada Datuk Howard Chew Si Hoo Image from: OCR Group beli 49% kepentingan dalam Chester Properties bernilai RM19.6 juta daripada Datuk Howard Chew Si Hoo johardy23/07/2026 - 10:52 Datuk Howard Chew Si Hoo Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Julai - OCR Group Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat untuk memperoleh 49% kepentingan dalam Chester Properties Sdn. Bhd. daripada Datuk Howard Chew Si Hoo pada harga RM19.6 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, OCR Group berkata, cadangan pengambilalihan itu akan diselesaikan sepenuhnya menerusi penerbitan 478.05 juta saham baharu OCR Group pada harga terbitan 4.1 sen sesaham.

 

Chew, 42, merupakan antara pemegang saham Chester Properties yang menjalankan perniagaan utama sebagai agensi hartanah di Malaysia.

 

Chester Properties kini mengendalikan 11 cawangan di seluruh negara dengan kehadiran dalam pasaran hartanah utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Sarawak dan Johor.

 

Agensi itu disokong oleh kira-kira 4,000 ejen hartanah.


 

ocr

 


"Selepas cadangan pengambilalihan ini selesai, kumpulan berhasrat memanfaatkan kepakaran pasukan pengurusan sedia ada serta saluran jualan dan rangkaian Chester Properties bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemasaran dan jualan projeknya.

 

"Dengan rangkaian kukuh serta kedudukan pasaran Chester Properties dalam segmen hartanah di Malaysia, kerjasama strategik menerusi cadangan pengambilalihan ini dijangka memberi kumpulan akses secara langsung kepada kumpulan pembeli yang lebih luas." - DagangNews.com

Terkini featured standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved