OE mahu jadi sebuah ekosistem usahawan Asia

Business & FinanceStartup
20 Oct 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: OE mahu jadi sebuah ekosistem usahawan Asia

KUALA LUMPUR – Persidangan kemuncak OE EduGroup CEO (ketua pegawai eksekutif) Alumni yang berlangsung di sini, baru-baru ini telah berjaya menghimpunkan hampir 1,000 alumni CEO, usahawan, mentor dan komuniti perniagaan bagi meraikan ulang tahun penubuhan syarikat yang ke-10.

Sidang kemuncak ini bukan sekadar sambutan ulang tahun tetapi menjadi platform bagi me­ngumumkan hala tuju OE untuk tempoh 10 tahun akan datang, se­lain mengimbau pencapaian pen­didikan sepanjang sedekad lalu.

Dalam masa yang sama, OE tu­­rut memperkenalkan pelan trans­­formasinya untuk menjadi sebuah ekosistem usahawan Asia berbanding menjadi sebuah platform pendidikan keusahawanan.

Pengerusi OE, Datuk Dr. Calvin Khiu berkata, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah syarikat pada peringkat perkembangan yang berbeza tidak lagi terhad kepada aspek pembelajaran dan pen­ge­tahuan semata-mata.

Bagaimanapun, jelasnya, ca­ba­­ran tersebut turut merangku­mi pembangunan pasukan, ke­upa­yaan jualan, penjenamaan, sumber industri, perancangan modal dan pewarisan perniagaan.

“Sehubungan itu, OE akan men­jadikan konsep ‘Satu Ekosistem, Lima Sistem Pertumbuhan’ sebagai teras pembangunan ma­sa hadapannya bagi membina sebuah sistem pertumbuhan jang­ka panjang yang lebih ­menyeluruh untuk golongan usahawan,” katanya dalam kenya­ta­an ber­sempena sambutan ­ulang tahun yang diraikan syarikat.

Calvin menerangkan, terdapat lima ekosistem yang diperje­lankan dalam persidangan terse­but, pertama adalah sistem per­tumbuhan pendidikan akan da­pat meningkatkan pemikiran seorang CEO, memperkukuh keupayaan jualan, membina budaya pasukan dan menyusun semula model perniagaan.

Ekosistem kedua pula men­yentuh tentang sistem pertumbuhan jenama yang akan dapat membantu usahawan membina jenama peribadi, meningkatkan pengaruh syarikat, menyampaikan kisah perniagaan de­ngan le­bih berkesan, memperluas pen­dedahan media dan merancang strategi pemasaran kan­dungan.

Faktor lain adalah sistem pertumbuhan industri yang dapat menghubungkan sumber industri, membuka peluang untuk mempelajari amalan syarikat con­toh, menemukan rakan kerja­sama dan membantu pelaksanaan projek.

Calvin memperincikan ekosistem kelima pula adalah sistem pertumbuhan modal yang akan dapat membantu usahawan me­­mahami perancangan ekui­ti, meningkatkan nilai syarikat, meng­hubungkan perniagaan de­ngan modal strategik dan me­ng­ga­lakkan penggabungan serta pe­­nyepaduan perusahaan.

Bagi ekosistem kelima pula melibatkan sistem pertumbuhan pewarisan yang membantu syarikat membina dan mengekalkan budaya korporat, melahirkan barisan pelapis, menyatukan persefahaman keluarga dan melaksanakan tanggungjawab sosial.

Selain itu, pada majlis tersebut, OE turut melancarkan buku baharu Triple Win Mindset yang mana buku tersebut bukan sahaja memberi perhatian kepada pencapaian sesebuah syarikat, malah menekankan bagaimana syarikat, rakan kerjasama dan ma­syarakat dapat mencipta nilai.

Ia juga memfokuskan kepada perkembangan perniagaan yang dibina berasaskan kerjasama untuk tempoh jangka panjang. -KOSMO! ONLINE

The post OE mahu jadi sebuah ekosistem usahawan Asia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved